Saturday, March 30, 2013

Koleksi Klasik

Buku

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa?

Isteri : Buku bank abanglah..

Derma

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

Road block

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Klinik

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin

Amin. : Shan Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Kawan Atok

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

“Atok buat apa tu?”.

“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?”

Posmen

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

” Assalamualaikum ”

” Walaikumsalam ”

” Ni rumah encik Sameon ye?

” Ya saya”

” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”

” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.

Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung

manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

Koleksi video yang kelakar

Funny Video

Koleksi video yang kelakar

Pintu Kaca

Classic

Moral of the Video dont push the glass!!!!

saya budak baru belajar blog

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua kerana sudi singgah sebentar di blog saya, blog ini saya lakukan adalah untuk mengisi masa lapang saya..terima kasih

Greetings: Hello Sweet Cat

Masa Untuk Buang Air

Friday, March 29, 2013

KASIHNYA AYAH DAN IBU



                   KASIHNYA AYAH DAN IBU


Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak memukul dengan rotan ke bontotnya sendiri.

Melihat tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau memukul botot kau sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."

p/s : bapa syang anaknya sampai mcm tu sekali. Anak pula mcm mana? sayang bapa tak?